RM99Original price was: RM99.RM30Current price is: RM30.
“Tak rugi beli hartanah ni! Sebab hartanah ni ASET! Nilainya akan sentiasa naik… tak macam kereta! Beli hari ini.. esok dah jatuh harga! Jadi.. baik beli RUMAH!
“Kalau tak duduk sendiri kat rumah tu pun, takpe… boleh sewakan! Bulan-bulan.. duit sewa tu, bayar ansuran bank! Mantap! Tak perlu dah bayar guna duit sendiri… beli rumah.. tapi orang lain (penyewa) yang bayarkan!”
“Harga rumah makin lama makin mahal… baik beli sekarang!”
Ya! Ebook ini ditulis, bukanlah untuk semua orang… tetapi khusus untuk mereka yang berminat sahaja! Mereka yang berminat nak tahu tentang ilmu “fundemental” pelaburan hartanah serta “jalan pintas” untuk berjaya dengan hartanah dalam waktu yang singkat(dalam masa 2-5 tahun).
Tapi kalau anda tak percaya dan anda rasa, pelaburan hartanah ini hanyalah cerita dongeng dan karut-marut sahaja! Tidak mengapa! Anda boleh tinggalkan website ini dan tidak perlu dapatkan ebook ini.
Terus terang saya katakan.. ebook ini bukan untuk semua orang, ia TIDAK SESUAI UNTUK golongan berikut…
1. Mereka yang tidak percaya langsung dengan pelaburan hartanah! Pada mereka, pelaburan hartanah ini semua adalah agenda dajjal dan illuminati. Ia adalah perangkap untuk membawa manusia ke neraka dan juga ke lubang kehancuran!
2. Mereka yang benci & berdendam dengan pelabur hartanah.
Ya, ada sesetengah orang sangat benci dan sangat mendendami golongan pelabur hartanah! Mereka mendakwa, pelabur-pelabur hartanah inilah golongan kapitalis yang menyebabkan harga rumah naik dan menyebabkan mereka hidup susah dan merempat. Mereka tak dapat beli rumah sebab semua rumah yang murah, golongan pelabur hartanah dah beli dan sapu bersih! Hanya tinggal yang mahal-mahal sahaja! Semuanya adalah salah golongan pelabur hartanah!
3. Mereka yang memang tak mahu membeli rumah.
Ada juga sesetengah orang yang memang tak mahu membeli rumah di dalam hidup mereka. Mereka lebih gemar menyewa sahaja sepanjang hidup. Jadi, sudah tentu, mereka tidak perlukan ilmu yang terkandung di dalam ebook ini.
4. Mereka yang dah kaya dan sudahpun memiliki banyak hartanah
Ah ha! Kalau anda sudah ada banyak hartanah, saya fikir anda sudahpun pakar dalam selok belok pelaburan hartanah, maka anda juga tak perlu dapatkan ebook ini… :)
Apa Yang Terkandung Dalam Panduan Berharga Ini?
Baiklah, bagi anda yang berminat dengan ebook ini, disini saya kongsikan serba sedikit apa yang telah saya tuliskan di dalam ebook ini!
4 Sebab Utama, mengapa saya memilih pelaburan hartanah berbanding pelaburan lain! Sebab-sebab ini bukanlah sekadar “suka-suka” tetapi ianya adalah berdasarkan data dan fakta!
Kitaran Pelaburan Hartanah! Sebelum anda ingin menceburi bidang pelaburan hartanah, anda kena tahu dan faham dulu tentang kitaran ini. Ianya akan membolehkan anda “masuk” dan “keluar” pada waktu yang tepat supaya anda dapat jana keuntungan yang tinggi dengan pelaburan hartanah!
Jenis-jenis hutang! Disebabkan hidup kita di zaman ini memang tidak terlepas dari berhutang, jadi kita kena kenal dan kawal hutang kita dengan baik!
3 Jenis Pendapatan yang perlu anda tahu! Dengan mengetahui 3 jenis pendapatan ini, ianya akan membolehkan anda memperbanyakkan lagi sumber pendapatan anda yang mana, pendapatan tersebut akan “dipandang” oleh pihak bank di dalam menilai permohonan pinjaman rumah anda kelak!. .
Rahsia Beli Rumah Mahal Dengan Harga Murah! Ini adalah rahsia terbesar bagaimana saya boleh membeli 2 buah rumah dengan jumlah nilai lebih sejuta ringgit dengan bermodalkan RM3000 sahaja.
7 Syarat Pemilihan Rumah!. Ini adalah merupakan ilmu yang sangat dibenci oleh pihak pemaju dan juga agen-agen hartanah, mereka sebolehnya tidak mahu anda tahu mengenai ilmu “7 Syarat” ini kerana, jika anda tahu, mereka akan sangat sukar nak jual rumah mereka kepada anda. Boleh dikatakan, hampir 90% projek perumahan tidak akan dapat memenuhi 7 Syarat ini. Ia adalah ilmu untuk menapis & membezakan sama ada hartanah itu “kaca” atau “permata”. Dengan ilmu ini, ia akan dapat menyelamatkan diri anda dari “terciduk” dan kerugian ratusan ribu ringgit akibat terbeli hartanah yang salah!
10 Langkah Wajib Tahu & Buat Apabila Membeli Rumah. Anda perlu faham setiap langkah dan proses ini apabila ingin membeli rumah. Bermula dari persediaan profile kewangan anda, hinggalah kepada proses selepas anda berjaya mendapat kunci rumah yang anda beli. Diantara itu, ada 10 langkah yang perlu anda fahami dan buat supaya anda tidak tertipu dan rugi!
Dalam bab terakhir ebook ini, saya kongsikan kisah saya dengan lebih terperinci, Siapakah sifu saya? Apakah komuniti yang saya sertai? Apa hartanah yang telah berjaya saya beli? Dan kenapa saya decide untuk join dan jadi salah seorang ahli komuniti tersebut! Semuanya saya bongkarkan dengan lebih details!
Tunggu Apa lagi?
Reviews
There are no reviews yet.
Be the first to review “Jalan Pintas Jadi Kaya Dengan Hartanah” Cancel reply
Reviews
There are no reviews yet.